|
KUALA LUMPUR 4 Julai — Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah limosin yang terbakar di tempat letak kereta Pangsapuri Skyvilla, Serdang Jaya dekat sini, pagi tadi. Kejadian disedari pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan apabila ternampak kepulan asap pada kereta itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan terdengar bunyi letupan kira-kira 6.45 pagi.
|